GREEN
ROSE
(ROS
HIJAU)
-DRAMA SIRI KOREA “GREEN ROSE”-
Lakonan hebat : GO SU & LEE DA HAE
Prepared by : Ziera Azir
|
ROS HIJAU ADALAH BUNGA YANG TUMBUH DI SYURGA BUKAN
DIBUMI
|
SERIBU
KUNTUM ROS MERAH +
SERIBU KUNTUM ROS PUTIH +
SERIBU
KUNTUM ROS BIRU +
SERIBU
KUNTUM ROS KUNING +
|
WUJUDKAH CINTA SEJATI SEBALIK NAFSU YANG MEWAH???
|
TAK
AKAN DAPAT MENGGANTIKAN
SEKUNTUM
ROS HIJAU…………
SINOPSIS
Lee Jung Hyun(Go Su) telah dianiya
ketika di kemuncak hidupnya. Dia terpaksa menanggung tuduhan sebagai pembunuh.Pengerusi
Syarikat SR dalam satu kejadian. Jung Hyun mempunyai kekasih hati, Oh Soo
Ah(Lee Da Hae) merupakan anak kepada pemilik Syarikat SR. Hubungan mereka tidak
mendapat persetujuan bapa So Ah tetapi masih dalam pertimbangan. Namun So Ah
tidak percaya bahawa Jung Hyun sanggup membunuh bapanya. Jung Hyun menjadi
buruan polis dan dia melarikan diri ke Negara China untuk mencari kebenaran
kelak. Emak Jung Hyun turut menjadi korban kerana telah mengambil keputusan
untuk bunuh diri demi menggantikan nyawanya kepada kebebasan anaknya. Selepas
satu jangka masa yang sukar, Jung Hyun telah dilupai semua orang dan disangka
telah mati kerana bunuh diri ketika diburu polis. Akhirnya dia kembali ke Korea
dengan identiti Duta Wakilan Syarikat China sebagai Jang Jong Won selepas
berjuang mati-matian dan menempuhi pelbagai rintangan. Dapatkah Jung Hyun
mencari siapa yang menganiya dirinya suatu ketika dulu? Dapatkah Jung Hyun
mengembalikan semula identiti sebenarnya? Dapatkah Jung Hyun merebut kembali
cinta So Ah dan memilikinya semula? Adakah hati So Ah masih setia dengan cinta
sejati Jung Hyun setelah sekian lama? Marilah sama-sama menghayati kisah yang
penuh dengan kesedihan, dendam kesumat, kemampuan cinta sejati bertahan
meskipun dilanda gelombang ombak yang mengganas!!!???
p/s : saja suka2 post bende nie...sbb sye ske drama korean nie...time bosan cuti sem time dip dulu...citer nie dar lme...time sye skolah dulu...huhu
No comments:
Post a Comment