Tuesday, 28 May 2013

CiNtAkU HaNyA uNtUkMu 1


Prepared by : ZIERA AZIR

Cinta selalu datang dan pergi. Datangnya tanpa diundang dan perginya pula tanpa berpamitan. Untuk jatuh cinta pada seseorang kita hanya memerlukan sesaat sahaja, tapi untuk melupakan cinta seseorang itu kita memerlukan masa yg begitu lama, mungkin akan memakan masa berbulan-bulan tak pun bertahun-tahun. Luka kerana terhiris dek pisau memang senang diubati dan cepat sembuh tetapi jika hati terluka dek cinta memang sukar diubati malah akan memakan masa yg lama. Itulah yg dinamakan cinta bagi pandangan Lisa. Dia seorang perempuan yg lincah, cekal, teguh pendirian dan periang. Namun disebalik wajah tenangnya itu ada terselit ceritanya sendiri. Dia seorang yg suka pendam rasa, kecuali dengan Yanie dia akan berkongsi apa sahaja cerita suka dukanya. Nur Fazriyani merupakan teman rapatnya sejak mereka sama-sama berada di sekolah menengah lagi sehinggalah melanjutkan pelajaran di Australia. Mereka memang tiada rahsia antara satu sama lain serta saling memahami. Setelah agak lama Lisa termenung di tepi tasik dia memandang jam di tangan. Jam menunjukkan 6.20ptg.
‘Alamak!! aku dah lambat, solat asar pun belum lagi ni nanti tak sempat lak’ gumamnya dalam hati.
Lisa pun berjalan dengan pantasnya. Sedang dia berjalan tiba-tiba handphonenya berbunyi. Sambil berjalan dia mencari-cari handphonenya dalam beg tangan.

“Aduhh!!! Sakitnya” dia terjelepok di atas rumput. Lisa segera bangun dan membetulkan bajunya. Sikunya terasa sakit
“hello, saudara mata letak mana yew!?. Saya ni sikit punyer besar pun tak nampak kew” marah Lisa kepada pemuda yg melanggarnya itu sambil membetulkan rambutnya yang panjang itu dari menutup sidikit mukanya semasa dia terjatuh tadi.
Terpegun mamat yg melanggar Lisa tadi apabila melihat wajah Lisa yg ayu itu.  ‘Ayu juga minah ni walaupun tengah marah’ desis hati Haris.
Lisa makin geram pulak melihat reaksi mamat didepannya yang memandangnya bagaiakan tanak lepas, lalu dia memetik jarinya betul-betul didepan muka mamat itu. Tercantas lamunan Haris dek tindakan Lisa.
“Hello, apa tengok-tengok. Saya cakap dengan awak la. Pekak kew!?” merah muka Lisa menahan malu kerana direnung sebegitu.
“Opps!! Sory,sory saya tak sengaja. Towel saya nak terjatuh tadi, saya betulkan sebab tu la saya tak pandang depan masa berlari tadi bukan tade mata.” kata Haris yg masih dengan senyuman.
“Tak boleh kew berhenti dulu lari tu masa betulkan towel. Tak ada la terlanggar saya macam ni” balas Lisa selamba. Walaupun dia sedar dia pun salah juga jalan tak pandang depan kerana asyik mencari handphone dalam beg.
“Saya rasakan dalam hal ni saudari tak boleh nak salahkan saya seratus peratus sebab mungkin saudari pun salah juga dalam hal ni” jawab Haris membela diri sambil tersenyum.
 “Kenapa pulak saya mungkin bersalah. Apa maksud saudara” tingkah Lisa dengan nada marah.
Beberapa pasang mata yg lalu-lalang di situ memandang kearah mereka. Si kacak dan si cantik yang sedang bertekak.
“Yew lah. Takkanlah saya ni sikit punyer besar pun saudari tak nampak” balas Haris memulang paku buah keras pada Lisa. Saja Haris berkata begitu kerana dia ingin memancing reaksi Lisa. Namun Lisa hanya berdiam diri.                                                                                    

“Kalau saudari dah nampak saya berlari tanpa pandang hadapan dan hampir langgar saudari, kenapa saudari tak mengelak?” sambung Haris.                                                                                   
Lisa diam dan memikir sejenak jawapan yg tepat. Kurang 10 saat dia jawab “Ohh!! Saya tak perasan plak yg saudara berlari tak pandang depan tadi”                                                         
“Tak perasan kew, memang sengaja tak mengelak sebab………hmmm...dan suka bila saya langgar saudari” Haris sengaja berjeda sambil tersenyum nakal memandang muka Lisa yg mula merah menahan marah.
“What do you mean?. Hey! saudara, tolonglah jangan nak perasan plak kat sini erh!” balas Lisa dengan nada marah. Dia pikir dia hensem sangat ke aku nak langgar dia. Tapi memang hensem pun.
“Eh! Saya tak cakap apa-apa pun, yg saudari nak marah-marah ni kenapa plak? Kew saudari yg pikir bukan-bukan.” Balas Haris spontan sambil senyuman nakalnya yang masih bersisa.
Belum sempat dia membalas kata-kata Haris, handphone di tangannya kembali bordering. “Malas saya nak layan orang sewel macam saudara ni.” Balas Lisa dan dengan pantas dia berlalu dari situ. Haris tercengang dengan kata-kata Lisa.
Lisa melihat skrin handphonenya terpapar nama Yanie lalu dia menekan punat hijau.
“Hello, Lisa kau kat mana ni? Kenapa tak sampai rumah lagi?” soal Yanie dengan nada bimbang.
“Assalamualaikum, aku on the way ni. Jap gi sampai.”
“wa’alaikummussalam, kau pergi mana?”
“Aku pergi tenangkan fikiran sekejap”
“Hmm..Ye kew, Ok la cepat balik tau”
“Hmm..Ok, Ok. Don’t worry. Assalamualaikum”
“Wa’alaikummussalam”
Haris hanya memandang Lisa yg berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan.
*******
“Lisa, kau kemana tadi” soal Yanie setelah melihat Lisa duduk dihadapannya.
“Aku ke tasik tadi. Tempat biasa.” Jawab Lisa.
“kau ada masalah kew?”
“Tak ada. Aku serabut dengan kerja plak tu dengan mama aku lagi.”
“Serabut dengan kerja kew, teringat pada Ikmal” terjah Yanie cuba memancing reaksi Lisa agar menceritakan masalahnya yg sebenar. Dia tahu lelaki yg bernama Ikmal tidak lagi bertakhta di hati Lisa. Mereka kini sekadar teman biasa sahaja.
“Ish! Ke situ plak kau ni.” Tingkah Lisa.
“Kenapa plak dengan mama kau tu.” Soal Yanie hairan.
“Dia suruh aku balik hujung mingu ni ada majlis pertunangan sepupu aku.”
“Habis tu apa masalahnya?”
“Nanti aku mesti akan kena tempiasnya sama.”
“maksud kau?” soal Yanie yg masih kurang faham dengan maksud Lisa.
“ye la, dia orang pasti akan tanya aku ni bila lagi. Umur dah nak masuk 26 tahun, nak tunggu apa lagi? Macam-macam lagi la. Pening aku pikir pasal tu.”
“Kau cakap je dah jodoh saya belum sampai lagi, nak wat macam mana. Kalau dah sampai masa nanti kahwin la saya. Jodoh di tangan Tuhan, saya tak boleh nak wat apa. Habis cita. Apa kau nak peningkan.” Kata Yanie memberi idea kepada sahabatnya itu.
“Boleh tahan juga idea kau ni kan. Bagus. Bagus.”
 Tiba-tiba Lisa teringat rasa sakit dibahagian siku tadi lantas dia melipat tangan baju kemejanya itu untuk melihat kesan sakit itu. Sedikit merah seakan-akan luka.
“kenapa dengan tangan kau, Lisa? Lombong mana pulak kau terjun ni” soal Yanie agak terkejut namun sempat lagi dia menyakat.
“Tak ada apa, aku kena langgar dengan pokok balak tadi” seraya dia bangun untuk ke bilik kerana teringat dia belum solat asar lagi.
“Pokok balak?” Soal Yanie dengan penuh hairan.
Lisa berlalu tanpa menjawab soalan Yanie itu. Nanti ada pulak yg terlepas asar kaklau melayan minah sowng nie.
‘kau nak ke mana, tak nak cite kat aku kew.” Gumam Yanie.
“aku nak solat asar dulu yew. Nanti malam aku cita kat kau dari A sampai Z ok.”
“ok lah.”
*******
Setelah selesai solat maghrib Lisa turun untuk makan malam. Hari ini Yanie yg masak. Dia terus melangkah ke dapur untuk melihat lauk-pauk yg terhidang atas meja makan. ‘Hmm..sedap baunya. Wah! Sambal sotong, lauk kegemarannya dan Yanie’ desis Lisa.
Dia berlalu ke dapur untuk menyediakan air orange sanquick. Setelah selesai dia kembali ke meja makan dan mula menyenduk nasi ke dalam pinggan. Sedang dia menyenduk nasi Yanie pula meniti turun tangga.
“Yanie, makan. Aku dah sediakan hidangan istimewa untuk kau. Your favourite sambal sotong” pelawa Lisa sempat juga dia berseloroh dengan Yanie yg mula mengerutkan dahi.
“Amboi!Amboi!Ambooooi! kau ye yg masak. Cepatnya kau masak. Sempat ye walaupun kau balik lambat” Balas Yanie dengan nada perli.
“Ofcourse la”balas Lisa sambil tersenyum nakal.
“baik sungguh kawan aku yg satu ni, masakkan masakan favourite aku” balas Yanie sambil mengerling kapada Lisa.
“Dah, sudah! Jom makan la aku lapar ni. Perut aku dah berkeroncong ni” kata Lisa sambil mengurut perutnya yg lapar itu.
Mereka sama-sama ketawa. Itulah gelagat mereka berdua selalu saling usik-mengusik.
setelah selesai makan dan mengemas dapur mereka sama-sama ke ruang tamu menonton tv.
“Weh! Ceritalah kat aku kenapa dengan siku kau tu” Yanie mula menyoal seolah polis pencen.
“Kan aku dah cakapak kena langgar dengan kayu balak tadi”
“Kayu balak!? Sejak bila pulak kat tasik tu ada kayu balak? Pokok balak pun aku tak pernah nampak ni macam mana boleh wujud kayu balak. Kau ni biar betul, Lisa.” Soal Yanie seolah terkejut dengan pernyataan Lisa.
“Betullah. Apa plak tak betulnyer?”
“Kau ni aku serius la” Balas Yanie seolah-olah merajuk.
“Jangan la merajuk.Betullah aku kena langgar dengan mamat kayu balak mana entah, sampai terjatuh aku, kau tahu.” Jelas Lisa.
“besar sangat ker mamat tu sampai tergolek kau dibuatnyer. Setahu aku kau ni pun boleh tahan lasak juga orangnyer pun ‘tergolek’ juga.” Saja cuba ditekankan perkataan ‘tergolek’ tu untuk mengusik Lisa.
“Tak ada la aku sampai tergolek, terjatuh sikit jew. Kau ni tak nak citer baru tau.” Gertak Lisa.
“Ok, Ok. Aku gurau jew”
“Dia tu tak dew la sebesar ‘gorilla’, Cuma badan dia tu tegap sikit ala-ala Zed Zaidi.”
“Handsome tak weh?” soal Yanie dengan penuh minat.
“Handsome tu boleh la tapi perangai macam cipan wat per!” jawab Lisa dengan nada seakan marah.
“Kenapa? Dia dah buat apa kat kau?” soal Yanie ingin tahu.
“Dia tak ada la buat apa-apa kat aku. Tapi…….. EEeee…geramnya aku. Macam nak tonyoh-tonyoh jew muka dia kau tahu. Menyakitkan hati betul.” Dengan semangat Lisa melepaskan geramnya siap dengan mengepal penumbuk. Dia terbayangkan muka berada mamat yg melanggarnya tadi di depan dia, dan dia dapat menonyoh-nonyoh muka itu sepuas-puasnya.
Yanie yg mendengar hanya ketawa sambil berkata “Oh ya tak ya juga kan, tak kan la dia nak buat apa-apa plak kan kat kau. Kau pun kan blackbelt taekkwando.”
“Hmm..tau tak pew! Kau tahu, mahu saja aku bagi sebiji penumbuk ‘alaninja’ aku ni kat muka dia, biar padan muka dia tu!” marah Lisa bagai api disimbah minyak.
“Alaninja? Kau jangan kang tak pasal-pasal dia mati tak sempat mengucap plak.”
“Hah! Baru la dia tahu aku ni siapa.” Tambah Lisa.
Lisa memang seorang yg suka pendam rasa, namun bila tahap kemarahannya sampai maksima macam tu lah jadinya. Dia memang suka sebut cipan dan penumbuk alaninja. Penumbuk alaninja tu adalah istilah yg direkanya sendiri. Baginya penumbuk alaninja tu memang dasyat sakitnya kalau kena.
“Lisa, Lisa, ada-ada jew la kau ni. Sebenarnya apa yg dia buat sampai kau marah betul dengan dia?” soal Yanie lagi dia ingin tahu sangat apa telah mamat tu buat pada sahabat baiknya itu.
“Dia tak ada la buat apa-apa, Cuma gelagat dia jew yg wat aku geram sangat.”
“Gelagat” balas Yanie dengan nada hairan.
“Yew la boleh suka-suka hati dia tuduh aku ni sengaja tak elak bila dia nak langgar aku.”
“Sampai cam tu sekali dia kata pada kau.”
“A’ah, dia kata aku sengaja tak elak sebab aku suka bila kena langgar dengan dia. Cipan betul la mamat tu.” Tambah Lisa.
“kau pun dah nampak dia macam nak langgar kau, kenapa kau tak elak?” Yanie cuba berdiplomasi.
“Aku pun tak perasan, macam mana nak elak.”
“Macam mana kau boleh tak perasan. Dia bukan ketot pun.” Tambah Yanie.
“Memang la dia tak ketot tapi aku pun tak pandang depan masa tu” terang Lisa.
“Kau pun salah juga la sebab kau pun sama tak pandang depan.”
“Aku tengah cari handphone dalam handbag pastu plak mamat tu plak tengah betulkan towel dia yg hampir jatuh. Pas tu apa lagi…DUUMMM la kami berdua”
“kau pun tergolek. Pastu sang putera pun selamatkan sang puteri yg tergolek. Maka terjadilah peristiwa cinta pandang pertama.” terjah Yanie dan terus ketawa.
“Amboi sukanyer kau ketawakan aku yew. Nanti kau…” seraya itu Lisa bangun dan melancarkan serangan geletek kepada Yanie.
Akhirya kedua-duanya ketawa.
“Habis tu kau kata apa pada dia masa dia tuduh kau tu” Yanie kembali menyoal.
“Aku tak sempat nak jawab sebab handphone aku berbunyi lagi sekali, aku pun belah macam tu je lah.”
“nasib dia tak kejar kau ya.”
“Nak buat apa plak dia nak kejar aku. Dia yang lanngar aku sampai jatuh.” Soal Lisa bingung.
“Ye la, nak minta number phone kau kew, berkenalan kew.”
“Ish! Kau ni tak dew maknanyer.”
“Ish! Banyak maknanya tu. Mana tahu dia nak minta ganti rugi pada kau.”
“ganti rugi! Aku yg terjatuh dia tak ada apa-apa pun nak minta ganti rugi apa plak.”
“Kau dah letak ubat ke kat siku kau tu” soal Yanie bila teringatkan luka pada siku Lisa.
“Dah”  jawab Lisa.
“Maksud aku, Mula-mula tuntut ganti rugi, pastu berSMS, berCALING-CALING,pastu date,pastu…………Tercapai la impian mama kau nak tengok kau kahwin.” Yanie mula mengusik.
“Kau ni kalau tak mengarut boleh tak? Tak nak aku kalau perangai macam cipan.” Tingkah Lisa.
“Tak pun kau terima je boss kita tu, Encik Borhan. Dia pun dah lama syok kat kau kan? Kau jew yang tak layan dia.” Kata Yanie sambil mengangkat keningnya dan tersenyum.
 “Boss kita. Bukan kita ya tapi boss kau sorang saja aku dah tak kerja kat situ lagi.” Balas Lisa. “Tapi tak nak aku. Aku pun resign dari situ sebab tu lah, tak kuasa aku nak jadi bini nombor dua dia. Huh, sisih 44 malaikat la.” tingkah Lisa.
“Lupa plak aku. Tapi kan dia masih bertanya lagi tau pasal kau kat aku. Kat mana kau kerja sekarang, dah berpunya ke, banyak lagi la. Sampai naik rimas aku nak menjawabnya.”
“Huh, gila punyer orang. Kenapa kau tak cakap jer aku dah bertunang tak pun dah berkahwin biar padan muka dia.” Balas Lisa sambil ketawa.
“Tak apa, nanti aku cakap kau dah bertunang, kalau cakap dah kahwin macam tak logic.
“Betul juga tu.”
“Dia masih hantar lagi mesej jiwang-jiwang pada kau.”
“A’ah masih hantar lagi. Tapi sekarang lagi parah kau tahu dia akan hantar mesej kat aku tak kira la pagi, petang, siang, malam. Tak cukup dengan sms, call lagi. Aku ni kadang-kadang jadi fobia bila dengar telefon aku bunyi. Rimas aku dibuatnya.” Cerita Lisa. Yanie hanya ketawa kerana berasa lucu mendengar cerita Lisa itu. “kau tahu dah la panggil nama aku Lis. Geli telinga aku ni kau tahu bila dengar dia panggil nama aku ‘Lis’. Sambung Lisa. Sememangnya dia tidak boleh dengar En.Borhan panggil nama dia ‘Lis’, dia akan rasa semacam aje. Ini kerana dia rasa macam tak sesuai aje bila En.Borhan yg menyebut namanya begitu.
“Kau tukar number phone, kan senang.” Kata Yanie member idea.
“aku pun ingat nak buat macam tu juga tapi susah nanti orang nak contact aku kalau tak tahu nombor baru aku.”
“Ya tak ya juga. Aku rasa kan kau kena cari seorang hero ni untuk selamatkan kau.” Yanie cuba member idea lagi.
“Tak payah sampai macam tu.”
“Oh, lupa plak mamat tasik tu kan dah ada, nak buat apa cari lagi kan?”
“Sudah, dari aku layan kau lebih baik aku chating dengan Rina. Lagi best” balas Lisa yang malas layan Yanie yg suka mengusiknya.
“Hmm..ok la aku nak balik bilik aku dah, nak bercaling-caling jap. Jangan lupa kirim salam rindu kat Rina. Bubye. Good night. Sweat dream. Mamat tasik.” Yanie pantas berlalu ke biliknya sebelum dibaling bantal.



P/S: leave a comment please.....thanks for reading...(*_^)

No comments:

Post a Comment